Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing sebenarnya lebih baik daripada susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan "panas".
Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah, jantung dan banyak lagi. Tapi, masih ramai yang percaya mitos sebegini. Sebenarnya yang "panas" adalah kertas bewarna yang perlu dikeluarkan dari poket!
Manakan tidak! harga pasaran susu kambing 250ml harganya mencecah RM10/botol. Malah, akibat terdesak, ada yang sanggup membeli RM60.00/botol 500ml!
Ini kerana, kesukaran untuk mendapatkan bekalan. Dan. Faktor lain yang menyebabkan ia agak mahal kerana, ia merupakan minuman yang berasaskan perubatan. Bukan sekadar untuk kalsium atau tenaga. Malah, ia diakui mengandungi gizi yang lengkap dan baik untuk perubatan homopati & kesihatan.
Inilah nilai perubatan yang saya maksudkan. Yang mana kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit-penyakit seperti:-
1.Demam Kuning (Jaundice)
2.Gastrik
3.Migrain
4.Masalah darah tinggi
5.Masalah penyakit kulit
6.Insomenia (sukar tidur)
7.Senggugut
8.Lelah (asma)
9.Buah pinggang
10.Lemah Tulang (Osteoporosis)
11.Ekzema
12.Hepatitis A
13.Ulcer Perut
14.Pucat (Anaemia)
15.Penyakit Batuk Kering
16.Pemulihan selepas pembedahan
17.Alah kepada susu lembu
18.Perawatan kulit
19.Memulihkan tenaga batin
20.Membantu pembinaan darah dan tisu
21.Membantu pembentukan tulang dan gigi
22.Memberi tenaga Ibu mengandung/menyusu anak
23.Tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak
24.Menambahkan selera makan kanak-kanak
25.Sakit lemah jantung di peringkat awal
26.Penyakit berkaitan jantung, limpa & hati
27.Sakit sendi dan buah pinggang
28.Menguatkan sistem imunisasi paru-paru
29.Bersifat anti-arthritis (inflamasi sendi)
30.Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah
31.Meningkatkan daya ingatan, kepekaan & penumpuan diri
Malah, Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan.
Susu kambing merupakan susu yang membawa tindak balas alkali. Iaitu sama dengan susu ibu. Sedangkan susu lembu membawa tindak balas asid.
Oleh itu susu kambing, memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut. Ia bertindak balas dengan cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak.
Selain sunnah, khasiatnya yang sungguh menakjubkan inilah, yang menyebabkan saya begitu teruja untuk berkongsi informasi. Disamping mempopularkan susu kambpng dalam minuman kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan